Diterbitkan pada 18 Julai 2024, 13:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Shah Alam – Pusat Jaringan Komuniti (CNC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) menganjurkan Kolokium Geran Penyelidikan Community Engagement – Social Innovation Research (CE–SIR) di Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, UiTM Shah Alam, baru-baru ini.

CNC memaklumkan bahawa kolokium CE–SIR bertujuan untuk membentangkan laporan prestasi projek yang telah menerima geran pada tahun 2023.

Selain itu, pelaporan prestasi itu juga penting untuk diketengahkan sebelum kelulusan Geran CE-SIR 2.0 seterusnya.

Ketua Projek KeBDA, Prof. Madya Sr. Dr. Rohayu Ab Majid yang berjaya memenangi anugerah Pencapaian KPI Terbaik dan Anugerah Istimewa IPR berkata,

KeBDA berperanan menyediakan laluan alternatif kepada penulis untuk menerbitkan buku dalam bentuk e-buku dan bukan sekadar buku fizikal semata-mata.

“Alhamdulillah, anugerah ini merupakan hasil kerjasama erat antara semua Ketua Unit di bawah KeBDA yang terlibat.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM, Syed Mohd Faisal Syed Ahmad yang membentangkan projek Kelestarian Barangan Perak Tradisional Melayu di Kelantan berpendapat:

Minat, kesabaran dan ketelitian sangat penting untuk menghasilkan barangan logam yang berkualiti.

Beliau memaklumkan bahawa projek tersebut telah berjaya merangkul Anugerah Istimewa Juri dan dua anugerah lain.

Sebanyak lima kategori anugerah dipertandingkan dan senarai pemenang Anugerah Kolokium CE-SIR, seperti yang berikut:

KeBDA, Penerima Anugerah Pencapaian KPI Terbaik dalam kolokium CE–SIR.

Anugerah Pencapaian KPI Terbaik

  1. Kedai Buku Digital Akademia (KeBDA), Kolej Pengajian Alam Bina.
  2. Kelestarian Barangan Perak Tradisional Melayu di Kelantan, Kolej Pengajian Seni Kreatif.
  3. Kursus Penyembelihan Bertauliah Arnab: Belia FELDA Aping Barat dalam Usaha Meningkatkan Kemahiran dan Peluang Pekerjaan, UiTM Melaka.

Anugerah Istimewa Penerbitan

  1. Kelestarian Tanaman Tempatan yang Kurang Digunakan (Purple Sweet Potato) untuk Pembangunan Produk Inovasi melalui Perkongsian Ilmu dalam Kalangan Peladang di TPKP Hulu Chuchoh Sepang Selangor, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.
  2. Pemerkasaan Komuniti Autisme Berimpak melalui Teknologi Digital, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik.

Anugerah Istimewa IPR

  1. Kedai Buku Digital Akademia (KeBDA), Kolej Pengajian Alam Bina.
  2. Kelestarian Barangan Perak Tradisional Melayu di Kelantan, Kolej Pengajian Seni Kreatif.
  3. Kursus Penyembelihan Bertauliah Arnab: Belia FELDA Aping Barat dalam Usaha Meningkatkan Kemahiran dan Peluang Pekerjaan, UiTM Melaka.
  4. Memperkasakan Komuniti untuk Penggunaan Ubat Berkualiti, Fakulti Farmasi.

Pembentang Terbaik

  1. Noor Hasimah Ibrahim Teo, UiTM Melaka.
  2. Noor Fahitah Abu Hanipah, Fakulti Perubatan, UiTM Sungai Buloh.
  3. Soo Yew Phong, UiTM Melaka.
Syed Mohd Faisal Syed Ahmad, pembentang projek Kelestarian Barangan Perak Tradisional Melayu di Kelantan yang menerima Anugerah Istimewa Juri.

Anugerah Istimewa Juri (Pencapaian yang konsisten sepanjang pelaksanaan Geran CE-SIR)

Kelestarian Barangan Perak Tradisional Melayu di Kelantan, Kolej Pengajian Seni Kreatif.

Majlis pembukaan dan penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Jaringan Komuniti, Prof. Madya Dr. Mahadir Ladisma @ Awis.

Dalam ucapan alu-aluannya, beliau mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang kepada ketua projek yang terlibat.

Maka demikian, beliau menyarankan agar pencapaian projek terus dipergiatkan dengan mendapatkan geran baharu bagi meneruskan kesinambungan projek yang lebih mapan dan lestari sifatnya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi