Diterbitkan pada 19 Ogos 2024, 22:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sabak Bernam – Projek naik taraf bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Dorani bernilai RM7.38 juta telah siap sepenuhnya, hari ini.

Projek yang meliputi pembinaan gantian penuh bangunan enam bilik darjah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bagan Terap dan pembinaan semula bangunan daif Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Dorani ini adalah antara 710 projek Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sudah selesai.

Menurut Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek KPM di SMK Bagan Terap, di sini, beliau menyatakan bahawa projek keseluruhan untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif di seluruh Malaysia adalah berjumlah 1075 buah sekolah.

Beliau berkata, sejumlah 164 buah sekolah sedang dalam pembinaan, dan 201 lagi masih dalam proses pra pembinaan.

Tambah beliau,

KPM sentiasa memantau serius terhadap sekolah-sekolah daif yang berada pada skala tujuh dan disahkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sehubungan dengan itu, beliau menyasarkan untuk menyiapkan 20 projek sekolah daif lagi sebelum penghujung tahun ini.

Terdahulu, Majlis Penyerahan Projek KPM ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Zahrul Hakim Abdullah serta pengurusan tertinggi daripada KPM dan KKR.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi