Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuantan – Sebanyak 50 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sagu, Kuantan menerima sumbangan berupa wang tunai daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) sebagai motivasi dan sokongan moral untuk menduduki peperiksaan tersebut.
Pemberian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, PKNP, Dato’ Mohd. Faizal Jaafar, semasa Majlis Perasmian Penutupan Karnival Komuniti Paya Besar, Gugusan FELDA Bukit Sagu pada 1 Disember 2024 bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Sagu 1.

Dato’ Mohd. Faizal berkata,
Sumbangan ini diberikan sebagai motivasi untuk semua pelajar dan sokongan moral dalam menduduki peperiksaan penting ini.
Oleh itu, beliau menasihati semua calon SPM agar menjaga kesihatan, menghormati ibu bapa dan guru, serta mendapatkan restu ibu bapa dan guru agar urusan menduduki peperiksaan dipermudahkan dan semua soalan dapat dijawab dengan jayanya.
“Saya juga menasihatkan ibu bapa agar menyediakan makanan yang berkhasiat dan lebih elok yang dimasak di rumah bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku terhadap kesihatan anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM,” ujar Dato’ Mohd Faizal lagi.
Tambah beliau,
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2024 dan teruskan berjuang hingga ke akhirnya.
Majlis Perasmian Penutupan Karnival Komuniti Paya Besar, Gugusan Felda Bukit Sagu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah.
Turut hadir bersama-sama meraikan majlis itu ialah Timbalan Ketua Pegawai (Pembangunan) PKNP, Encik Mohd. Razif Abdul Malek, pengurus-pengurus, tetamu jemputan dan warga penduduk gugusan FELDA Bukit Sagu.