Diterbitkan pada 16 Januari 2025, 15:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Kangsar – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberikan sumbangan buku dalam pelbagai genre, termasuklah buku cerita kanak-kanak, buku umum dan majalah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Galah, Perak, dalam usaha untuk memperkasakan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah luar bandar bersempena dengan program Majalah Dalam Kelas (MDK) di sekolah tersebut.

Guru Besar SK Chegar Galah, YBrs. Puan Robiah Hasmuni, meluahkan rasa penghargaan atas sumbangan tersebut.

“Saya mewakili seluruh warga sekolah berbesar hati menerima sumbangan buku daripada DBP. Kesudian DBP membekalkan wahana ilmu dalam bentuk buku dan majalah kepada sekolah kurang murid (SKM) ini membuktikan komitmen mereka terhadap pengembangan ilmu,” ujar beliau.

Wakil daripada Bahagian Majalah DBP bergambar bersama-sama dengan guru kanan dan guru pembimbing SK Chegar Galah, SK Temong dan SK Sauk.

Terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan berhampiran dengan Sungai Perak, SK Chegar Galah mendidik sebanyak 77 orang murid prasekolah hingga tahun enam. Murid-muridnya berasal daripada komuniti setempat seperti Kampung Chegar Galah, Kampung Tahan, Kampung Bendang Selinsing dan Kampung Bendang Bugis.

Peserta yang kelihatan bersemangat mengira jawapan bagi soalan kuiz mengenai usia majalah Dewan Pelajar.

Kebanyakan murid di sini merupakan anak nelayan darat dan berasal daripada golongan isi rumah B40. Oleh itu, secara tidak langsung, sumbangan ini akan meringankan beban mereka dalam mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti,” tambah YBrs. Puan Robiah.

Para peserta tekun mendengar taklimat daripada Editor majalah Dewan Pelajar.

Simbolik penyerahan sumbangan buku tersebut disempurnakan oleh Guru Kanan Pentadbiran, YBrs. Encik Faridun Nahar Mohamed, di hadapan para guru dan murid.

Program ini disertai oleh 82 orang murid, termasuklah peserta dari SK Temong dan SK Sauk.

Peserta prasekolah yang bermain permainan dam ular gergasi dalam program MDK.

MDK membuktikan usaha berterusan DBP dalam memartabatkan ilmu pengetahuan melalui bahan bacaan berbentuk majalah, terutamanya di kawasan luar bandar.

Peserta dibahagikan mengikut kumpulan untuk melakukan aktiviti bina perkataan.
Para peserta bermain kuiz menara belon.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi