Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Sungai Petani – Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Wang Tunai RM10,000 dan bakul makanan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 berlangsung di Pejabat Pasukan Bomba Sukarelawan Sungai Petani, baru-baru ini.
Sebanyak 100 orang penduduk dalam kalangan masyarakat Cina di sekitar kawasan tersebut yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) dan keluarga B40 telah dipilih sebagai menerima sumbangan itu.
Pengurus Besar TASK, Tuan Azhan Abdul Hamid berkata, mereka yang dipilih menerima sumbangan itu berada dalam kategori susah.

TASK memberikan satu kotak makanan yang mempunyai beras, tepung, gula, minyak masak, teh, kopi, sardin, roti dan banyak lagi.
“Setiap penerima tentunya gembira apabila menerima wang tunai RM100 pada tahun ular ini sebagai lambang kemeriahan TBC.
Menurut beliau, langkah diambil oleh pihak pengurusan bomba sukarelawan memilih penerima bantuan bagi kategori itu adalah baik sekali.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Muda, Datuk Abdul Gafar Yahya ketika berucap dalam majlis itu meminta masyarakat Cina supaya terus meningkatkan hubungan baik dengan kaum lain ke tahap yang lebih harmoni.
Jangan suka berprasangka buruk dan golongan muda perlu menghormati golongan tua walau di mana-mana sahaja, walaupun dalam aktiviti yang dilakukan setiap hari, soal kebersihan perlu diberi perhatian serius.
Turut hadir memeriahkan majlin itu ialah Pengerusi Kesatuan Penghulu Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Kedah, Jamani Jamaludin; Pengerusi Pasukan Bomba Sukarelawan Sungai Petani, Leong Beng Tat; dan Naib Pengerusinya, Linda Yee Mei Nah.