Diterbitkan pada 4 Mac 2025, 12:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuantan – Sebanyak 224 ahli Kelab Keluarga Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (KKKPKNP) menerima Sumbangan Amal Ramadan 1446H/2025M berupa barangan keperluan harian seperti minyak masak, beras, bihun, gula, susu dan sardin dalam tin yang telah berlangsung di Kompleks Teruntum pada Rabu lalu.

Penyerahan sumbangan oleh Naib Presiden Satu KKKPKNP. YBrs. Encik Issma Rohaizad Abdul Wahab.

Serahan sumbangan tersebut merupakan satu simbolik mengimarahkan kedatangan bulan Ramadan 1446H/2025M dan meraikan ahli KKKPKNP dalam persediaan menghadapi bulan keberkatan tersebut.

Naib Presiden Satu KKKPKNP. YBrs. Encik Issma Rohaizad Abdul Wahab memantau beg pemberian Sumbangan Amal Ramadan.

Menurut Presiden KKKPKNP, YBrs. Encik Rahmat Hussin berkata program yang diadakan saban tahun ini diteruskan lagi dengan matlamat berkongsi rezeki dan membantu ahli-ahli KKKPKNP membuat persiapan dalam menjalani bulan Ramadan.

Petugas menyusun dan mengasingkan beg pemberian Sumbangan Amal Ramadan.

“Program ini juga menandakan keprihatinan kepimpinan KKKPKNP dalam menjaga kebajikan ahli-ahli kelab. Saya berharap agar semua ahli KKKPKNP dapat memanfaatkan sepenuhnya bulan Ramadan ini serta mengutamakan urusan ibadat kepada Yang Maha Mencipta,” ujar beliau lagi.

Sumbangan Amal Ramadan berupa barangan keperluan harian seperti minyak masak, beras, bihun, gula, susu dan sardin dalam tin.

Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh Naib Presiden Satu KKKPKNP, YBrs. Encik Issma Rohaizad Abdul Wahab.

Turut hadir ialah Naib Presiden 2 KKKPKNP, YBrs. Encik Mohd Lizam Jemail; Ketua Biro Wanita KKKPKNP, YBrs. Puan Noor Zetie Hanis Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YBhg. Dato’ Mohd Faizal Jaafar.

KKKPKNP turut merancang pelbagai program untuk manfaat ahlinya serta masyarakat setempat termasuklah Program Tadarus al-Quran, Tazkirah Ramadan, Program Ziarah Kasih Ramadan, Sumbangan Juadah Sahur dan Majlis Khatam al-Quran menjelang penghujung Ramadan.

Kredit Foto: Muhammad Amjad Mohamad Azhar
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi