Diterbitkan pada 13 Mac 2025, 10:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuantan – Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan khabar gembira bahawa penjawat awam negeri berkenaan bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000.

Menurut beliau, bantuan khas tersebut akan mula dilaksanakan pembayarannya seminggu sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Tambah beliau lagi, perkara tersebut telah dipersetujui oleh kerajaan negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat sebelum ini.

“Pemberian ini melibatkan kira-kira 8,000 penjawat awam Pahang dengan implikasi kewangan sebanyak RM8 juta,” kata beliau dalam suatu kenyataannya semalam.

(Bantuan khas tersebut juga) bertujuan untuk meringankan beban bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Selain itu, beliau turut menzahirkan harapan agar pemberian bantuan tersebut dapat meningkatkan semangat penjawat awam negeri itu untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

“Diharapkan bantuan ini dapat meningkatkan semangat penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” ujarnya.

Kredit Foto: Facebook - Wan Rosdy Wan Ismail
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi