Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menerbitkan buku sokongan pendidikan (BSP) bagi membantu murid memahami pelajaran dengan lebih mudah. Antara BSP yang dihasilkan termasuklah buku siri Cekap Sejarah Tahun 4, Cekap Sejarah Tahun 5 dan Cekap Sejarah Tahun 6. Seperti yang murid ketahui, Sejarah merupakan mata pelajaran yang mencabar untuk dikuasai kerana mata pelajaran ini memerlukan banyak hafalan untuk mengingati fakta penting seperti tarikh, peristiwa dan nama tokoh.



Sehubungan dengan itu, buku siri Cekap Sejarah ini dicipta mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi membantu murid meluaskan pengetahuan melalui maklumat tambahan yang dijelaskan dalam bentuk yang menarik. Antara kelebihan buku siri ini termasuklah:
1. Penyampaian Berperingkat
Pengenalan sejarah secara berperingkat bermula dengan topik asas seperti Mengenali Sejarah, Diriku dan Keluarga serta Mengenali Kawasan Tempat Tinggal. Penyampaian sebegini membantu murid mengukuhkan pemahaman awal murid sebelum melangkah kepada topik yang lebih kompleks seperti Tokoh Pejuang, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Kaum di Malaysia dan Kemajuan Ekonomi Malaysia.
2. Penerangan yang Berfokus
Struktur ayat yang digunakan dalam buku ini jelas dan tidak terlalu panjang, bersesuaian dengan umur murid. Laras bahasa ini berkesan untuk membantu murid meningkatkan tahap pemahaman.
3. Nota Ringkas yang Efektif
Buku ini juga menampilkan nota ringkas yang mudah difahami dan diingati bagi setiap unit. Oleh itu, murid boleh mengingati fakta dan peristiwa penting dengan lebih efektif.
4. Pendekatan yang Menarik dan Interaktif
Latihan dalam buku ini menggunakan pendekatan yang interaktif seperti aktiviti melukis dan menulis secara berkumpulan untuk merangsang minat murid. Pastinya murid akan berasa seronok untuk mempelajari ilmu dalam mata pelajaran Sejarah.
5. Latihan untuk Mengasah Kemahiran
Buku ini menawarkan pelbagai latihan yang mampu merangsang minda murid untuk memahami subjekSejarah, mengingati fakta secara lebih berkesan serta meningkatkan kemahiran menulis.
Dengan pelbagai kelebihan yang terkandung dalam buku siri Cekap Sejarah ini, diharap agar murid dapat memahami dan menguasai mata pelajaran Sejarah dengan baiknya pada masa akan datang. Dapatkan buku ini dan kongsilah manfaatnya bersama-sama dengan rakan terdekat. Harga buku Cekap Sejarah Tahun 4 ialah RM15.00, manakala harga buku Cekap Sejarah Tahun 5 ialah RM17.00 dan harga buku Cekap Sejarah Tahun 6 ialah RM18.00.
Pembelian buku ini boleh dibuat di kedai-kedai buku DBP seperti di Anjung DBP (Menara DBP Kuala Lumpur, 03-2147 9597/9598), Kedai Buku DBP di Hulu Kelang (Kuala Lumpur, 03-4101 0028), Kedai Buku DBP di Cawangan Sabah (Kota Kinabalu, 088-439 316), Cawangan Sarawak (Kuching, 082-227 070) dan Wilayah Timur (Kota Bahru, Kelantan, 09-741 4918). Bagi memudahkan murid untuk mendapatkan buku ini, sila layari laman web DBPNiaga untuk pembelian secara dalam talian.
Tajuk: Buku Siri Cekap Sejarah
Penulis: Ahmad Hishanuddin Ramli dan Jayakumary a/p Marimuthu
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2023