Diterbitkan pada 11 April 2025, 14:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

 

Putrajaya – Pegawai Kerajaan Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Indera Nazri Abu Bakar telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu berkuat kuasa pada 8 April lalu.

Surat pelantikan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Pejabat KSN, Bangunan Perdana Putra.

Pelantikan beliau bagi jawatan tersebut menggantikan penyandangnya sebelum ini, iaitu YBhg. Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob yang telah menamatkan perkhidmatannya secara rasmi pada 7 April lalu setelah berkhidmat selama 36 tahun kepada negeri Pahang.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat (YB) Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Dato’ Indera Nazri atas pelantikan tersebut.

Selain itu, beliau berharap agar segala tugas yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan kejayaan.

Menurut beliau, pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, dedikasi dan integriti yang telah tunjukkan oleh Dato’ Indera Nazri terutama sepanjang perkhidmatannya sebagai Pegawai Kewangan Negeri Pahang sebelum ini.

“Saya percaya dengan pengalaman dan komitmen beliau, pentadbiran kerajaan negeri akan terus berfungsi dengan cekap, berkesan dan telus demi kesejahteraan rakyat Pahang,” ujarnya.

Kredit Foto: Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi