Diterbitkan pada 2 Jun 2025, 19:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Sekolah Sukan Negeri Johor atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussien Onn dinobatkan sebagai juara Kejohanan Ragbi Mannol Malaysia Sains 10’s Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ) Sungai Petani, semalam.

Pasukan Ragbi dari Sekolah Sukan Negeri Johor atau SMK Tun Hussein Onn menerima hadiah sebanyak RM1,000. Manakala dua orang pemain dari sekolah berkenaan, Muhammad Rezaril Razali dipilih sebagai pemain terbaik kategori Backline dan Muhammad Syahmi Sham pula dipilih sebagai pemain terbaik kategori Forward.

Sebanyak 32 pasukan Ragbi dari 28 buah sekolah menengah di seluruh negara menyertai kejohanan itu selama tiga hari bermula pada 30 Mei lalu, yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSSMJ dan Sains Kedah Eagles Rugby.

Dalam acara tersebut, Pasukan Ragbi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward Vll, Taiping, Perak mendapat tempat kedua diikuti Pasukan Ragbi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, Jitra mendapat tempat ketiga dan Pasukan Ragbi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 3, Bangi, Selangor mendapat tempat keempat.

Pemain Pasukan Ragbi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, Jitra, Kedah mendapat tempat kedua.

 

Pasukan Ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward dari Taiping, Perak mendapat tempat ketiga.
Pasukan Ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward dari Taiping, Perak mendapat tempat keempat.

Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YBrs. Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kepada semua pemenang tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kejohanan Ragbi, Encik Mohamad Zelman Mohamoud berkata, ini adalah kali kedua kejohanan itu diadakan dan mendapat sambutan baik dalam usaha menghidupkan sukan Ragbi dalam kalangan pemain muda generasi sekarang.

Menurutnya, kejohanan kali pertama berlangsung pada Disember 2023 lalu, Pasukan Ragbi dari SMK Jalan 3 Bangi, Selangor muncul sebagai juara, kedua, Pasukan Ragbi dari SMK Hosba, Jitra, Kedah dan ketiga, Pasukan Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK).

Katanya, “Kebanyakan peminat sukan Ragbi, termasuk dalam kalangan ibu bapa di negeri Kedah turut hadir bagi menyaksikan perlawanan yang penuh dengan cabaran dan lasak itu.”

Yang turut hadir menyaksikan kejohanan itu termasuklah ikon Ragbi Nombor Satu Negara, Duke Krishnan; Presiden Persatuan Alumni Sains Kedah 2025-2028, Encik Hasanin Ahmad; Pengarah Urusan Mannol Malaysia, Encik Mohd Haris Fathimi Zakaria; serta Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Ragbi Daerah Kuala Muda, Encik Wan Mohd Rabbani.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi