Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuantan – Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang, al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah memperkenankan pindaan lagu Negeri Pahang dengan tajuk baharu, iaitu Allah Rahmatkan Raja Kami.
Titah KDPB Sultan Pahang melalui Mesyuarat Jumaah Pangkuan Negeri Pahang Darul Makmur Kali ke-16 tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, YBhg. Dato’ Sri Nazri Abu Bakar pada 11 Oktober 2025 yang lalu.
Beliau turut memaklumkan bahawa lagu baharu tersebut boleh dimuat turun di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dengan merujuk panduan yang telah disediakan.
“Penggunaan lagu baharu tersebut dalam majlis atau program rasmi jabatan di negeri Pahang adalah berkuat kuasa serta-merta,” ujar beliau.
Lagu “Allah Rahmatkan Raja Kami” adalah sepertimana berikut:
Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia
Duli Paduka Baginda
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah rahmatkanlah
Duli Baginda Raja Kami.
Sementara itu, audio lagu dan not muzik bagi lagu tersebut boleh dirujuk di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.
