Hari pertama persekolahan Sesi Akademik Tahun 2026 di sekolah baharu di Shah Alam, iaitu Sekolah Jenis kebangsaan (Cina) (SJK(C) Ladang Regent Elmina berlangsung dalam suasana ceria, lancar dan teratur dengan kehadiran murid yang kelihatan teruja menjejakkan kaki buat pertama kali ke sekolah dengan persekitaran baharu.
Pada hari pertama pembukaan, turut berlangsungnya perasmian pembukaan sekolah itu oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Wong. Suasana pada hari pertama turut menyaksikan ibu bapa dan guru bekerjasama bagi memastikan sesi persekolahan bermula dengan baik, khususnya bagi murid baharu.
Selain itu, kemudahan lengkap yang disediakan di sekolah baharu serta program orientasi turut membantu murid menyesuaikan diri, sekali gus menjadikan peralihan daripada prasekolah kepada suasana pembelajaran di sekolah baharu sebagai satu permulaan yang positif.
Sebahagian daripada murid Tahun Satu tekun mendengar taklimat semasa hari pertama persekolahan di SJK(C) Ladang Regent Elmina, Shah Alam. Kehadiran mereka menyerlahkan semangat baharu dalam memulakan sesi akademik di bangunan sekolah yang serba moden dan kondusif.Momen ibu bapa ketika mendengar ucapan daripada Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh.Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh, memberikan ucapan santai sambil menyantuni murid di SJK(C) Ladang Regent Elmina, Shah Alam.Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, sedang menyantuni ibu bapa yang sedang menunggu anak-anak mereka untuk watu rehat pagi.Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, menyantuni dan menyampaikan cenderahati kepada murid-murid dalam Majlis Pembukaan Sekolah SJK (C) Ladang Regent Elmina, Shah Alam.Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, menurunkan tandatangan pada plak gimik perasmian bersempena dengan Majlis Pembukaan Sekolah SJK (C) Ladang Regent Elmina, Shah Alam. Kehadiran beliau melambangkan sokongan berterusan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur pendidikan negara.Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni seorang daripada murid semasa lawatan beliau ke SJK(C) Ladang Regent Elmina, Shah Alam.Suasana ibu bapa yang menemani anak-anak memulakan hari pertama persekolahan di bangunan baharu SJK (C) Ladang Regent Elmina, Shah Alam. Kemudahan pendidikan yang kondusif ini disediakan bagi memenuhi keperluan pembelajaran komuniti setempat dalam persekitaran yang selesa dan selamat.Wajah ceria seorang murid bersama-sama dengan penjaga semasa waktu rehat pada hari pembukaan SJK (C) Ladang Regent Elmina, Shah Alam. Kehadiran ahli keluarga bukan sahaja memberikan sokongan emosi kepada murid, malah memeriahkan lagi suasana hari pertama persekolahan di premis baharu tersebut.
Begitulah antara momen dan suasana meriah yang sempat dirakamkan oleh jurufoto portal JendelaDBP pada kali ini untuk tatapan pembaca bersempena dengan hari pertama pembukaan sekolah yang menyaksikan pelbagai “ragam” murid-murid.