Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Tanjong Malim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Bahagian Perundangan menerbitkan Kanun Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kanun UPSI) sebagai rujukan rasmi bagi memperkukuh tadbir urus yang berintegriti dan berteraskan kedaulatan undang-undang.
Penasihat Undang-undang UPSI, Puan Salwati Mohd. Aris berkata bahawa penerbitan kanun tersebut merupakan langkah penting dalam menyediakan himpunan undang-undang utama bagi kegunaan pengurusan, pegawai dan seluruh warga universiti.
Langkah itu, sekali gus menyokong pelaksanaan pentadbiran yang lebih sistematik, telus, serta berakauntabiliti.
“Kanun itu disusun sebagai sumber rujukan komprehensif dan terkini bagi memudahkan akses kepada peruntukan undang-undang universiti, selain membantu memperkukuh kefahaman terhadap kerangka perundangan yang menjadi tunjang kepada pengurusan institusi,” katanya.
Sebagai simbol komitmen universiti dalam menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang, naskhah berkenaan turut dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, yang juga Canselor UPSI, pada Jun lalu.
Mengulas lanjut, Salwati Mohd. Aris menjelaskan bahawa Kanun UPSI menghimpunkan lima instrumen perundangan utama universiti, iaitu:
Jelasnya, inisiatif berkenaan dijangka menjadi rujukan utama yang menyokong penyampaian perkhidmatan yang cekap, berakauntabiliti dan berteraskan prinsip tata kelola terbaik selaras dengan aspirasi “Jiwa UPSI”.