Diterbitkan pada 6 Jun 2021, 11:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pengagihan sebanyak 150 000 unit peranti yang merangkumi komputer riba dan sambungan data akan diselesaikan pada akhir September tahun ini. Hal itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, menerusi sidang media yang diadakan secara dalam talian pada hari ini.

Daripada jumlah tersebut, hingga 5 Jun 2021 sebanyak 12 887 unit telah diagihkan ke 95 buah sekolah di 51 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); sebanyak 40 290 unit pula akan selesai diagihkan selewat-lewatnya pada 12 Jun ini, manakala selebihnya, iaitu 96 823 unit agihan dijangka akan selesai pada akhir September 2021.

Projek rintis peranti ini dikenali sebagai Inisiatif CERDIK yang bertujuan untuk menyediakan akses digital kepada kumpulan sasar, iaitu murid daripada keluarga yang disenaraikan dalam golongan pendapatan B40.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi