26 Oktober 2022, 16:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) diberi penghormatan atas jasa dan budi yang dicurahkan kepada DBP.

Kuala Lumpur – Menyingkap sejarah tempoh perkhidmatan selama 39 tahun 4 bulan 24 hari, kini tibalah giliran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) (TKPO), YBrs. Tuan Haji Abd. Halim Haji Harun menamatkan tempoh perkhidmatannya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bertempat di Wisma DBP, seluruh warga DBP merakamkan penghargaan atas jasa, bakti dan budi yang dicurahkan dalam sebuah organisasi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Saya berharap agar DBP terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Teruskanlah bekerja dengan baik. Bagi sesiapa yang belum menemui kejayaan, tingkatkan prestasi untuk mencapai kejayaan dan jadilah seorang pekerja yang baik dan sayang akan organisasi.

YBrs. Tuan Haji Abd. Halim Haji Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).

Memetik kata YBrs. Tuan Haji Abd Halim Haji Harun,

Kerja juga perlu dilaksanakan dengan teliti dan staf perlu mempunyai cita-cita untuk berjaya.”

“Setiap orang impikan kejayaan. Semakin hari, semakin pantas kita bergerak sehinggakan kadang-kadang kita alpa dengan kesilapan. Meskipun begitu, teruskan usaha anda. Kesilapan akan mengajar dan mendorong kita ke arah mencapai matlamat yang sebenar.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Kerja Gred B11 pada tahun 1983, kemudian menjawat beberapa jawatan penting di beberapa Bahagian di DBP sebelum menjawat jawatan terakhirnya sebagai TKPO di DBP.

Dalam perkembangan yang sama, YBrs. Tuan Haji Abd Halim turut mengingatkan seluruh warga DBP agar bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa jua kerja yang dilakukan kerana segala yang dilaksanakan adalah dalam pengetahuan-Nya.

“Buatlah yang terbaik untuk DBP kerana di sinilah tempat kita mencari rezeki dan mendapat pelbagai kemudahan untuk sebuah kehidupan,” pesan beliau dalam sebuah majlis khas meraikan persaraan wajib beliau pada hari ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.