20 April 2024, 17:55
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini menzahirkan ucapan dukacita kepada keluarga Nuqman Naufal bin Shamsul Fadzli, murid Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan yang meninggal dunia pada semalam.
KPM menyeru agar semua pihak menghormati privasi keluarga Allahyarham Nuqman Naufal bin Shamsul Fadzli.
“KPM telah mengambil tindakan segera untuk memberikan bantuan kebajikan kepada pihak keluarga Allahyarham,” ulas KPM menerusi kenyataan media tersebut.
Tambah KPM,
Semua institusi pendidikan bawah KPM diminta untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti di luar bilik darjah.