Oleh Aninah Janang
8 Mei 2021, 09:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini menghantar pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing selepas Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk pulang bersempena cuti Hari Raya Aildilfitri kecuali pelajar dari Sarawak.

Sebanyak 2000 orang pelajar akan dihantar secara berperingkat mengikut tarikh yang telah ditetapkan boleh MKN, iaitu bermula pada 7 hingga 12 Mei ini.

 Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Chm Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah, iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT. Sementara itu, pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali menggunakan perkhidmatan penerbangan. 

Tambah Taufiq, menerusi arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), UMS turut memberi pilihan kepada pelajar sama ada ada ingin pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus bersempena cuti perayaan ini. Pergerakan pelajar UMS dianggarkan melibatkan 2000 orang pelajar.

Rata-rata pelajar  yang terlibat dalam penghantaran pulang pada 8 Mei lalu melahirkan kegembiraan dan ucapan terima kasih kepada KPT dan UMS kerana menguruskan perjalanan pulang dengan teratur dan mengikut  Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut Nor Syamsul Darusi, 21 tahun, kepulangannya amat mengembirakan kedua ibu bapanya di Sandakan. Sementara itu, Siti Nuradaha Mohd Ali, 22 tahun, bersyukur dapat pulang ke kampungnya di Sandakan sekali gus meraikan Hari Raya Aidilfirtri bersama-sama keluarganya. Pelajar tahun satu, Farah Eridiana Irwan, 21 tahun pula tidak menyangka dapat berpuasa dan menyambut Aidilfitri di kampungnya di Semporna.  Paling penting, kesemua pelajar yang ditemui berjanji akan mematuhi SOP dari semasa ke semasa.

 

Nor Syamsul
Farah Eridiana
Siti Nuradaha
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.