Oleh Syaza Wardina
12 Mei 2021, 11:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

PUTRAJAYA – Berikutan perkara yang tular mengenai dakwaan seorang murid bahawa guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA), Selangor, telah mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan dengan isu tersebut.

Menurut KPM, berhubung dengan aduan murid mengenai guru yang mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar semasa melaksanakan PdP,
KPM mengambil maklum bahawa murid terbabit telah membuat laporan polis mengenai perkara ini pada 24 April 2021. Memandangkan insiden tersebut masih dalam siasatan polis, KPM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang tempoh siasatan. Pada ketika ini, KPM menempatkan guru berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sehingga siasatan tersebut selesai. Tindakan KPM seterusnya bergantung kepada hasil siasatan kes ini.

Dalam pada itu, KPM juga telah meneliti secara terperinci perkara yang tular mengenai komen yang dikatakan dibuat oleh Pengetua SMKPA terhadap murid tersebut melalui laman sosial Facebook. KPM mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua berkenaan di Balai Polis Kuala Selangor yang menafikan bahawa beliau telah memuat naik komen tersebut dan mengesyaki akaun Facebook miliknya telah digodam.

Menerusi kenyataan media tersebut juga, KPM menjelaskan mengenai Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama yang secara umumnya dikeluarkan bagi memastikan ibu bapa/penjaga dan juga pihak sekolah mengetahui dan cakna akan kehadiran dan keberadaan murid semasa sesi persekolahan. Selain itu, tindakan ini juga membolehkan KPM memantau kemungkinan berlaku keciciran dalam kalangan murid seterusnya mengambil tindakan intervensi yang sewajarnya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.