Oleh Avatar photo Aninah Janang
10 Jun 2021, 14:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bukan sahaja menyaksikan pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) yang lebih baik berbanding dengan tahun sebelumnya, malah keupayaan calon SPM menguasai tahap minimum Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga mendapat pujian banyak pihak apabila menunjukkan peningkatan sebanyak 1.47 peratus,  iaitu 88.17 peratus calon telah menguasainya pada tahun 2020 berbanding dengan 86.70 peratus pada tahun 2019.

Keputusan SPM 2020 diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin.

Berdasarkan Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada hari ini, sebanyak 19.36 peratus calon SPM tahun 2020 dikategorikan sebagai cemerlang dalam menjawab soalan KBAT; sebanyak 31.75 peratus calon berpotensi; manakala sebanyak 48.89 peratus pula calon yang baik.

Daripada jumlah tersebut, penguasaan tahap minimum KBAT SPM 2020 mengikut kemahiran turut menyaksikan peningkatan, iaitu mengaplikasi (89.63 peratus); menilai 90.50 peratus: dan mencipta 95.04 peratus. Hanya tahap penguasaan menganalisis yang menyaksikan sedikit penurunan, iaitu sebanyak 3.03 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. KPM juga mendapati sebanyak 42.26 peratus calon yang mempunyai penguasaan baik KBAT SPM 2020 dalam mengaplikasi; sebanyak 38.68 peratus menganalisis; sejumlah 52.05 peratus menilai; dan sebanyak 48.22 peratus mencipta.

Penguasaan KBAT dilaporkan dengan merujuk keupayaan calon menjawab soalan peperiksaan yang mengandungi elemen KBAT. Tahap penguasaan minimum KBAT mengambil kira jawapan berkualiti tinggi, sederhana dan rendah. Untuk rekod, KBAT mula diperkenalkan dalam kertas peperiksaan SPM sejak tahun 2014. Soalan KBAT menguji keupayaan calon menggunakan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.