Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan media menafikan hantaran di Facebook milik MamaMia Mia yang tular di media sosial pada 11 Jun 2021 mengenai Skala Gred Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikatakan milik Lembaga Peperiksaan, KPM.
Menurut KPM, hantaran dengan keterangan “Patut aku pelik budak-budak sekarang berderet A” dan tanda pagar “#bilasekolahdipolitikkan” seolah-olah menggambarkan gred pemarkahan sebenar SPM 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Tambah KPM, hantaran tersebut mencemarkan imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.
Berikutan dengan penularan hantaran tersebut, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam, 11 Jun 2021, serta laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.