Oleh Fadhli Ali
Diterbitkan pada 26 Jun 2021, 17:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), hari ini dalam kenyataan medianya memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai 2021 (Khamis), bermula pada  pukul 12:00 tengah hari.

Oleh itu, calon  sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui empat kaedah seperti yang berikut:

(a) Semakan keputusan penuh (slip keputusan) secara dalam talian melalui http://stpm.mpm.edu.my/stpmK pada 1 Julai 2021 (Khamis), mulai pukul 12:00 tengah hari.

(b) Semakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) keputusan dengan menaip STPM<jarak>No. K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai 2021, mulai pukul 11:00 pagi hingga 9 Julai 2021 (Jumaat), pukul 12:00 tengah hari.

(c) Keputusan calon akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai 2021, mulai pukul 11:00 pagi, iaitu bagi calon yang membekalkan alamat e-mel kepada MPM.

(d) Bagi calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu yang tidak mempunyai capaian Internet, pihak jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan masing-masing.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi