Diterbitkan pada 2 Julai 2021, 17:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Semakan keputusan tawaran kemasukan pelajar ke tingkatan enam bagi tahun 2021 boleh dilakukan bermula pada 5 hingga 15 Julai 2021. Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media pada hari ini.

Semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke tingkatan enam tahun 2021 boleh dilakukan melalui kaedah berikut:

  • Secara dalam talian menerusi portal Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam; atau
  • Bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang tidak mempunyai capaian Internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran.

Dalam kenyataan itu juga, KPM memaklumkan bahawa lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat kemasukan ke tingkatan enam tetapi tidak menerima tawaran boleh membuat permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 5 hingga 15 Julai 2021. Keputusan permohonan rayuan tersebut akan dimaklumkan pada 20 Julai 2021 melalui portal yang sama. Bagi lepasan SPM 2020 yang tidak mempunyai capaian Internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan.

Sesi pengajian tingkatan enam akan bermula pada 25 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A dan pada 26 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri Kumpulan B.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi