Oleh Syaza Wardina
16 Julai 2021, 11:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui kenyataan media pada hari ini memaklumkan, Universiti Awam (UA) telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi mengurangkan bebanan pelajar terutamanya yang terjejas dan menghadapi masalah kewangan sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Menurut KPT, antara inisiatif tersebut adalah melalui pengurangan Yuran Perkhidmatan, Yuran Asrama, Yuran Konvokesyen dan Yuran Aktiviti Kolej, iaitu antara purata 10 peratus hingga 35 peratus, bermula Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 hingga hari ini.

“Pengurangan yuran bagi Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 untuk semua pelajar warganegara Malaysia melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta. Daripada jumlah itu, RM20 juta merupakan peruntukan tambahan Kerajaan dan RM55 juta menggunakan sumber dalaman UA,” tambah KPT.

Dalam kenyataan itu juga, KPT memaklumkan, “bagi Semester Pertama Sesi Akademik 2020/2021, pengurangan yuran sebanyak RM70.2 juta diberikan oleh UA, manakala bagi Sesi Kedua Sesi Akademik 2020/2021 pula pengurangan sebanyak RM40.5 juta telah diberikan.”

Inisiatif ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah kira-kira RM185.70 juta yang akan memanfaatkan sebanyak 386 142 orang pelajar bagi ketiga-tiga semester.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.