Oleh Syaza Wardina
17 Julai 2021, 18:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan diteruskan hingga 31 Ogos 2021.

Menurut KPM, keputusan ini dibuat dengan mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19 serta perbincangan bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh KPM pada 17 Julai 2021 memaklumkan bahawa kementerian ini sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan.

Tambah KPM lagi, hingga 16 Julai 2021, sebanyak 253 366 orang guru dan pentadbir (61.30 peratus) serta 10 876 orang kakitangan sokongan (46.33 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Oleh itu, mengambil kira kadar vaksinasi ini, KPM membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka bermula pada 1 September 2021.

“KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut. Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal,” ujar KPM.

Dalam kenyataan media itu juga, KPM memaklumkan bahawa ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik!

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.