Oleh Aninah Janang
24 Julai 2021, 21:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberikan perhatian yang serius berhubung dengan isu pertukaran guru, malah menurut Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, KPM sedar perkara tersebut telah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya.

“Saya menerima pelbagai komen dan mesej berkaitan dengan permohonan pertukaran guru. Ada yang bertanya, apakah KPM tiada pendekatan baharu berhubung dengan dasar pertukaran guru? Untuk makluman, satu pendekatan yang lebih efisien dan menyeluruh berhubung dengan perkara ini kini berada dalam fasa akhir penelitian KPM. Apa-apa yang penting, dalam menimbang permohonan pertukaran guru, KPM perlu memastikan pembelajaran murid tidak terjejas. Hal ini bermaksud, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran di negeri dan di tempat yang dimohon merupakan pertimbangan utama,” jelas Dr. Radzi dalam kenyataannya yang dimuat naik menerusi Facebook miliknya pada petang ini.

Dr. Radzi turut menjelaskan bahawa beliau akan terus mencari kaedah yang terbaik dan memberikan perhatian untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Dari pagi tadi saya meneliti dokumen dan juga berbincang berkaitan hal pertukaran guru ini. Insya-Allah, KPM akan terus ikhtiarkan yang terbaik demi masa hadapan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara. Apa yang penting, teruslah memberikan kepercayaan kepada kami! Yakinlah, kami sentiasa menjunjung amanah yang diberikan dengan sehabis baik,” ujar Dr. Radzi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.