Diterbitkan pada 16 September 2021, 20:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan pusat perkembangan minda untuk kanak-kanak berumur empat tahun hingga enam tahun di  Terengganu dibenarkan beroperasi sepenuhnya mulai esok, 17 September 2021 dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kebenaran pengoperasian ini adalah berikutan peralihan Terengganu ke Fasa Tiga di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Memetik semula kenyataan Menteri Kanan Pendidikan, Yang Berhormat (YB) Datuk Dr. Radzi Jidin pada 12 September 2021 baru-baru ini, “pembukaan semula sekolah bagi negeri Fasa Tiga PPN adalah secara berperingkat dan tertakluk kepada ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta penilaian risiko oleh pihak yang berkenaan. Kebenaran pembukaan sekolah di negeri Fasa Tiga PPN akan diluaskan terhadap murid prasekolah dan tadika swasta.

Selain itu, kebenaran pengoperasian sekolah mengikut fasa PPN ini adalah sejajar dengan usaha KPM untuk mengembalikan anak-anak ke sekolah setelah semakin jauh daripada sistem persekolahan sejak operasi sekolah tidak berjalan secara bersemuka. Menurut YB Datuk Dr. Radzi:

Semua kaedah ini kita telah teliti satu per satu. Keputusan ini bukanlah mudah tetapi di kementerian, kami bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak ini tidak terus berjauhan dengan sistem persekolahan. Kerangka yang diperkenalkan ini walaupun tidak sempurna tetapi inilah yang terbaik kerana apa-apa yang penting adalah untuk membawa mereka kembali ke sekolah kerana mereka sudah terlalu lama renggang dengan sistem persekolahan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi