Oleh Kasima Salinri
6 Oktober 2021, 21:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Hasrat untuk terus menanamkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat diperluas kepada pelbagai peringkat meliputi kanak-kanak, remaja, pelajar dan dewasa daripada pelbagai lapisan umur melalui kerjasama bersepadu dengan kementerian, jabatan serta agensi lain.

Di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, pelbagai program telah diaturkan dan digerakkan sejak Februari 2021.  Sebanyak 19 program telah dilaksanakan secara dalam talian melibatkan pelbagai kategori sasaran dan digiatkan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Puan Kasima Salinri bertindak sebagai hakim Program Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat WP Labuan.

Semua kegiatan dilaksanakan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan kebiasaan baharu.  Dari segi penyebaran maklumat, penyertaan, penerimaan bahan, pelaksanaan program dan penghakiman dibuat secara dalam talian. Meskipun menempuh sedikit cabaran seperti masalah talian, namun hal ini dapat diatasi dan yang paling utama, kegiatan yang dianjurkan dapat disebarluaskan ke seluruh negara dan mendapat sambutan.

Di bawah program Wakaf Buku DBP, sebanyak empat buah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan telah dipilih menerima sumbangan buku, iaitu SK Layang-Layangan, SK St. Anne, SMK Pantai dan SM St. Anne.

Sementara itu, Pertandingan Perpustakaan Sekolah Menengah pula mencatatkan johan SMK Rancha-Rancha, naib johan SM St. Anne, tempat ketiga Kolej Vokasional dan tiga sagu hati masing-masing SMK Pantai, SMK Taman Perumahan Bedaun dan SMK Lajau.

Tonton Majlis Penyerahan Wakaf Buku dan Pengumuman Keputusan Pertandingan Perpustakaan Sekolah Menengah WPL di sini.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi