8 Februari 2022, 09:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Prosedur operasi standard dilaksanakan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Kuala Lumpur – Sebanyak 3382 buah pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 disediakan bagi Ujian Bertutur, Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), dan Ujian Amali Sains di seluruh negara.

Menurut Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sebanyak 50 514 orang petugas peperiksaan dilantik untuk memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan pada tahun ini.

Menerusi kenyataan semalam, LP mengumumkan tarikh pelaksanaan ujian dan bilangan calon pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM adalah seperti yang berikut:

Ujian Bahasa/Mata Pelajaran Tarikh Bilangan
Ujian Bertutur  Bahasa Melayu 8, 9, dan 10 Februari 2022 401 927
   Bahasa Inggeris 22, 23, dan 24 Februari 2022 401 087
Ujian Mendengar  Bahasa Melayu 21 Februari 2022 401 927
   Bahasa Inggeris 401 087
Ujian Amali Sains  Fizik 15 Februari 2022 91 962
   Kimia 93 353
   Biologi 72 669
   Sains Tambahan 17 Februari 2022 1049

“Semua calon perlu merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terperinci, selain mematuhi arahan dan amaran semasa peperiksaan berlangsung.”

“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan. Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.” Demikian kenyataan yang diberikan oleh LP dalam mengingati pelajar agar mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Menurut LP lagi, ketetapan Garis Panduan KPM ini adalah untuk memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.