Oleh Mubarak Ismail
25 Februari 2022, 18:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bertitah pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Universiti KUIPs merupakan satu keperluan dalam sesebuah institusi pengajian tinggi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut menyeru dan mengingatkan Ahli Lembaga Pengarah Universiti KUIPs supaya melaksanakan tugasan, amanah dan tanggungjawab dengan penuh ketelusan, cekap dan berintegriti pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Lembaga Pengarah Universiti KUIPs di Auditorium Kolej Universiti Islam Perlis.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran menerima watikah pelantikan.

Hal ini kerana setiap Ahli Lembaga Pengarah Universiti KUIPs yang dilantik terdiri daripada golongan profesional yang mempunyai kemahiran, pengalaman, kepakaran dan kebijaksanaan dalam bidang masing-masing untuk memacu hala tuju pembangunan pendidikan di KUIPs agar mencapai satu tahap kecemerlangan yang tinggi.

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berharap agar semua Ahli Lembaga Pengarah Universiti KUIPs yang baharu mampu melonjakkan imej dan nama KUIPs ke persada antarabangsa serta menjadi satu institusi pendidikan berteraskan Islam yang unggul, berwibawa, dihormati dan disegani serta menjadi contoh kepada institusi pendidikan lain di negara ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, melalui pelantikan ini KUIPs mampu merealisasikan visi dan misi, iaitu menjadi institusi akademik berteraskan Islam terkemuka di peringkat antarabangsa yang menawarkan gabungan program pengajian Islam tradisional dan kontemporari di samping melahirkan insan berilmu dan beramal yang kompeten dalam memangkin pembangunan dan pemodenan negara.

Pelantikan ahli lembaga pengarah universiti itu melibatkan lapan ahli. Antaranya termasuklah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti KUIPs, Datuk Profesor Emeritus Dr. Kamarudin Hussin, Rektor KUIPs, Profesor Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.