30 Mac 2023, 08:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menitipkan ucapan takziah kepada semua mangsa ribut yang terbabit di sekitar Perlis pada petang semalam.

Semua pihak perlu menerima musibah ini dengan penuh sabar dan berdoa semoga ujian ini akan segera selesai dan digantikan dengan segala kebaikan.

Baginda bertitah agar kesemua mangsa juga dapat mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta mengambil langkah proaktif bagi memastikan dokumen dan barang berharga dalam keadaan selamat.

“Semua mangsa yang terlibat dinasihatkan agar dapat menyalurkan maklumat mengenai keadaan yang dihadapi kepada pemimpin masyarakat supaya dapat mempercepatkan lagi penyaluran bantuan oleh agensi berkaitan.

“Setakat tengah malam semalam, sebanyak 139 buah rumah yang telah dilaporkan terlibat,” titah Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada pagi ini.

Menurut Tuanku Raja Muda, berdasarkan penyelarasan yang dilaksanakan antara pihak MAIPs dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis, tindakan lawatan bagi mengenal pasti segala keperluan bantuan dan kaedah penyaluran sumbangan telah digerakkan bermula dari semalam.

Mengulas lanjut, MAIPs dan agensi berkaitan akan memberikan penumpuan kepada isu kediaman yang dihadapi oleh mangsa, manakala peniaga yang terlibat disyorkan menyalurkan maklumat melalui persatuan masing-masing.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.