29 November 2023, 14:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Jurutera Awam Kanan Bahagian Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis mempersembahkan kepada Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkaitan dengan proses pembinaan Kangar Sentral, hari ini.

Kangar – Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis atau lebih dikenali sebagai Kangar Sentral bakal siap dalam tempoh sebulan dan diserah kepada Kerajaan Negeri Perlis pada Mac 2024.

Menurut Jurutera Awam Kanan Bahagian Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, Ir. Law Jia Haur ketika mempersembahkan kepada Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, beliau berkata,

Kangar Sentral ini merupakan projek pusat pengangkutan awam bersepadu yang akan menjadi hub pengangkutan darat di Perlis yang kini telah siap 90 peratus.

Antara kemudahan yang disediakan, termasuklah Platform Pelepasan (3 bilangan), Platform Ketibaan (3 Bilangan), Parkir Sementara Bas (6 bilangan), parkir awam (25 unit), parkir teksi (25 unit), surau, tandas awam, bilik tukar lampin, ruang komersial seperti kios dan gerai jualan, serta kaunter.

Demikianlah dipersembah maklumkan oleh Ir. Law Jia Haur kepada baginda ketika berkenan mengetuai sesi kayuhan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui JKR Negeri.

Turut serta mengiringi baginda ialah Pengarah JKR Negeri Perlis, Ir. Mohd Shahril Mohd Said.

Kayuhan ini dilaksanakan bersempena dengan Hari Profesion Teknikal Negara 2023 Peringkat Negeri Perlis yang telah berlangsung pada sebelah paginya yang disekalikan dengan kayuhan rutin Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli.

Bersempena dengan Hari Profesion Teknikal Negara 2023, kayuhan basikal diadakan sejurus tamat melawat tapak pembinaan Kangar Sentral.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.