15 April 2022, 15:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkenaan tarikh akhir pengeposan barangan Pos Laju, surat dan kad ucapan Hari Raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh cicipan Pos Malaysia Berhad yang memaklumkan bahawa semua cawangan Pos Malaysia akan bercuti pada 3 hingga 4 Mei 2022.

Ekoran itu, Pos Malaysia mengesyorkan para peniaga dan pelanggan untuk merancang aktiviti pengeposan barangan dengan teratur bagi memastikan barangan tersebut sampai sebelum perayaan Aidilfitri. Hal ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam tempoh menunggu para pelanggan serta keselamatan item yang diposkan.

Terdapat dua tarikh akhir yang disyorkan kepada para pelanggan, iaitu 25 April bagi destinasi Semenanjung Malaysia ke Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), Malaysia Timur ke Semenanjung Malaysia dan dalam Malaysia Timur. Bagi destinasi dalam Semenanjung Malaysia, tarikh yang disyorkan adalah pada 27 April.

Pihak Pos Malaysia Berhad juga mengingatkan bahawa barangan yang dihantar selepas tarikh tersebut akan mula dipos selepas cuti Aidilfitri, iaitu pada 5 Mei 2022.

Pengumuman tersebut dibuat bagi menunjukkan penghargaan kepada barisan hadapan Pos Wira Pos Malaysia Berhad yang terdiri daripada ‘Abang Posmen’ dan kakitangan cawangan di Pejabat Pos, serta Cawangan Pos Laju.

Penghargaan ini dilihat sebagai satu berita gembira bagi kakitangan Pos Malaysia Berhad yang sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik selama tujuh hari seminggu bagi memastikan barangan yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka tiba di destinasi dengan selamat dan menepati tempoh masa yang dijanjikan.

Semoga Aidilfiri ini menjadi perayaan yang sangat bermakna bagi keluarga Pos Malaysia Berhad dan Keluarga Malaysia.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!