Oleh Mubarak Ismail
1 Jun 2022, 12:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – “Pada tahun 2022, sebanyak dua Projek Pembangunan Sistem Pengairan Tersier sedang dijalankan di negeri Perlis dengan melibatkan kos sebanyak RM39.8 juta. Manakala tanaman padi di bawah seliaan MADA negeri Perlis pula diuruskan melalui 23 blok pengairan dengan 7 blok pengairan tersebut dilengkapi sistem pengairan peringkat tersier,” sembah maklum Pengurus Wilayah 1 MADA, Zairizal Zainon kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sewaktu baginda berdua berkenan berangkat menghadiri Majlis Erat Syawal MADA Wilayah 1 yang diadakan di pejabatnya di Behor Temak, Kangar.

Projek Pembangunan Sistem Pengairan Tersier melibatkan 16 blok pengairan sawah padi di negeri Perlis yang bertujuan bagi menyediakan rangkaian infrastruktur sistem pengairan yang lebih cekap dan efisien dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi akan dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menghadiri Majlis Erat Syawal MADA Wilayah 1.

Menurut Zairizal, bagi tempoh tahun 2022, pihak MADA telah merancang kerja-kerja penyelenggaraan dan pembangunan di kawasan MADA Wilayah 1 Perlis mengikut peruntukan yang telah disediakan merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan saluran air berkala dengan kos dianggarkan berjumlah RM680 ribu dan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan ladang, struktur kawalan dan ban dengan kos dianggarkan sebanyak RM1.5 juta.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengurus Besar MADA, Kamarudin Dahuli.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.