Oleh Mubarak Ismail
2 Jun 2022, 17:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bukit Keteri – Keberangkatan Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Komander dalam acara Kayuhan Berbasikal Sempena Hari Ulang Tahun Askar Wataniah ke-64 dan disusuli dengan Majlis Raikan Syawal 1443 Hijrah anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia yang bermula dan berakhir di perkarangan Kolam To’ Uban, Kem Bukit Keteri menunjukkan sokongan dan keprihatinan baginda terhadap program anjuran rejimen ini dan memberi suntikan semangat kepada seluruh warganya.

Menurut Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak, program ini diadakan pada tanggal 1 Jun setiap tahun bersempena Hari Ulang Tahun Askar Wataniah ke-64. Manakala Askar Wataniah kini semakin ampuh dan matang dalam menjana idea dan langkah dalam mentransformasi ke arah pendigitalan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.

Brigedier Jeneral, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyantuni asnaf terpilih.

“Penubuhan Askar Wataniah sejak tahun 1958 yang merupakan hasil keringat, darah, dan air mata pejuang tanah air serta buah fikiran kerabat diraja menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan sehingga kini. Askar Wataniah yang bermula dengan Penang Volunteers yang terdiri daripada anggota masyarakat yang tidak terlatih kini mempunyai hampir 43 ribu orang sukarelawan di seluruh Malaysia,” jelas Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak.

Program tersebut berlangsung seiring dengan aktiviti MAIPs Peduli yang menyantuni asnaf terpilih yang terdiri daripada Sapayah Yaakub, Kasim Md Nah dan Bon @ Timah Man. Di samping itu, sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut diserahkan di rumah mereka.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Panglima Briged ke Enam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Akib Hj Yusof, Pegawai Kewangan Negeri selaku Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri, Haji Zepri Saad, barisan ahli JAKPAW, para Perwira, Bintara serta Satria Rejimen 504 Askar Wataniah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.