8 Jun 2022, 10:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Simpang Empat – Raja Muda Perlis,  Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa ekosistem cara bekerja dalam organisasi mahupun gaya hidup masyarakat perlu dilonjakkan bagi memastikan rakyat negeri ini terus kekal kompetitif dan berdaya saing melalui pemikiran di luar kotak.

Pemikiran di luar kotak menggunakan kreativiti dalam pemikiran dan melihat cara penyelesaian dari sudut yang berlainan, serta berbeza daripada status quo. Kebolehan untuk berfikir di luar kotak ini merupakan sesuatu yang rumit untuk ditunjukkan. Namun, penguasaan terhadap kebolehan tersebut akan dapat membantu seseorang individu itu memajukan diri dan juga organisasinya.

Pemikiran di luar kotak bertujuan membolehkan kakitangan menggunakan kreativiti atau pendekatan yang unik bagi menyelesaikan sebarang masalah atau isu dalam organisasi. Salah satu caranya ialah dengan mengajukan persoalan yang melibatkan pemikiran di luar kotak seperti bagaimana kerja ini boleh dilakukan dengan cara lain, atau mengapa proses kerja bermula dengan aktiviti A, dan bukan B? Antara contoh lain, soalan seperti bolehkah aktiviti X dan Y digugurkan daripada proses kerja sedia ada, atau bolehkah pelanggan mendapatkan perkhidmatan tanpa hadir ke pejabat juga boleh mengasah pemikiran di luar kotak.

Demikian titah DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM16,800 sempena program MAIPs Peduli. Seramai 24 orang asnaf dalam kalangan anak kariah Masjid Dato’ Jaafar Hassan, Sungai Padang, Simpang Empat terpilih untuk menerima sumbangan tersebut yang diagihkan oleh amilnya, Zulkepli Rahim.
Program tersebut digabungkan dengan Sambutan Hari Basikal Sedunia yang disambut pada 3 Jun setiap tahun untuk mengiktiraf keunikan, ketahanan dan kebolehan basikal yang telah digunakan selama dua abad ini. Terdapat anggaran lebih dari 2 bilion buah basikal yang digunakan di seluruh dunia. Menjelang tahun 2050, jumlah itu boleh mencecah sehingga 5 bilion. Di Finland sahaja, 60% penduduknya menggunakan basikal dan Belanda pula memegang rekod negara yang mempunyai basikal paling banyak per kapita.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.