15 Jun 2022, 14:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kejohanan Go-Kart Malaysia 2022 berlangsung di Litar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra.

Arau – Putera Adam dari Malaysia muncul sebagai juara dalam Kejohanan Go-Kart Malaysia 2022 atau Malaysia Karting Championship 2022 dalam pusingan keempat bagi kategori Senior, iaitu 18 hingga 35 tahun di Litar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra pada 11 dan 12 Jun 2022.

Pemenang tempat kedua dan ketiga yang melibatkan 14 orang pesaing dalam acara itu turut dimenangi oleh pelumba Malaysia, iaitu Mohamad Hayden Haikal dan Akash Neil Nandy.

Mohd. Jasa dari Malaysia dan Chanoknan Veeratacha dari Thailand pula muncul sebagai juara dalam kejohanan yang sama. Masing-masing dalam kategori Master Senior, iaitu 35 tahun dan ke atas dan kategori Junior, iaitu 13 hingga 17 tahun.

Kejohanan kali ini turut melibatkan sesi Uji Cuba Litar, Time Trial bagi semua kategori, Saringan Perlumbaan, Pre-final dan juga Final.

YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyaksikan pertandingan akhir.

Turut berkenan berangkat dalam acara kejohanan ini ialah anakanda bongsu Raja Muda Perlis, YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bagi menyaksikan pertandingan akhir yang juga disertai para peserta antarabangsa dari Singapura, Thailand, Indonesia dan India.

Selain itu, Malaysia Karting Championship 2022 dalam pusing kelima yang akan datang bakal diadakan pada 2 dan 3 Julai 2022 di Litar Antarabangsa Sepang.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan acara tersebut boleh didapati melalui pautan, https://www.malaysiakartingchampionship.com/.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.