Oleh Mubarak Ismail
15 Jun 2022, 14:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Besar – Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dan Persatuan Media Selatan Thailand menandatangani nota persefahaman dalam usaha membina kerjasama membabitkan kedua-dua wakil media dan seterusnya melakar sejarah tersendiri.

“Kerjasama dua hala itu adalah titik permulaan bagi mengeratkan lagi hubungan pengamal media dari kedua-dua negara dari segi pertukaran budaya dan kepakaran dalam bidang kewartawanan,” kata Presiden PWP, Mohammad Asri Shafii selepas majlis menandatangani nota persefahaman antara wakil kedua-dua media.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Mohammad Asri Shafii dan wakil Persatuan Media Selatan Thailand, Phiphob dengan majlis disaksikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta puteri baginda berdua, YTM Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama dengan ketua-ketua dan wakil agensi kerajaan di negeri Perlis. 

Terdahulu DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyertai Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 Peringkat Negeri Perlis dan turut disertai oleh ketua-ketua dan wakil agensi kerajaan di negeri Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, aktiviti yang dianjurkan dengan kerjasama PWP tersebut adalah bagi meraikan pengamal media di negeri ini di samping memberi sumbangan kepada asnaf yang memerlukan.

Tambah beliau lagi, MAIPs mendapat mandat daripada sebahagian penyumbang yang berhasrat untuk menderma agar dapat berkongsi rezeki bersama dengan sahabat dari Selatan Thailand.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.