24 Jun 2022, 17:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Tonton rakaman video pengumuman penuh di sini.

Putrajaya – Bagi tujuan penambahbaikan portfolio warden asrama di 1874 buah sekolah berasrama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pertambahan warden asrama sebanyak 63 peratus, iaitu 3813 orang daripada 6055 orang kepada 9868 orang.

Menurut KPM, inisiatif ini dapat membolehkan pelaksanaan penggiliran bertugas kepada warden asrama di semua sekolah berasrama.

Selain itu, kadar Elaun Warden Asrama (EWA) turut dinaikkan sebanyak 25 peratus yang akan berkuat kuas pada 1 Ogos 2022.

Dengan kadar baharu tersebut, EWA bagi Ketua Warden adalah sebanyak RM350 sebulan dan RM300 sebulan bagi Warden Asrama.

Dalam kenyataan media pada hari ini, KPM menyatakan bahawa kadar EWA kali terakhir disemak adalah pada tahun 1997.

Pertambahan bilangan warden asrama dan kenaikan kadar EWA ini melibatkan implikasi kewangan tambahan berjumlah RM18 990 480 setahun.

“KPM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atas kelulusan permohonan penambahan jumlah warden dan kenaikan kadar EWA ini,” kata KPM dalam kenyataannya pada hari ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.