22 Ogos 2022, 18:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bersama-sama YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latif, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Buku Negara, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Dr. Rosmani Omar, Ketua Editor Bahagian Majalah DBP dan para pegawai DBP.

Serdang – Penerbit ulung negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada petang ini menerima tiga anugerah berprestij dalam majlis Anugerah Buku Negara 2022 yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selaras dengan fungsinya dalam memperkembangkan pencetakan dan penerbitan buku, DBP dinobatkan sebagai satu daripada organisasi yang paling banyak menghasilkan karya, iaitu dalam kategori Anugerah Penerbit Prolifik.

YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Industri perbukuan negara memainkan peranan penting dalam membentuk generasi Malaysia yang bertamadun dan berdaya saing.

“Ini waktunya kita sama-sama meneruskan, mempertahankan dan memperkasakan kegiatan penulisan, penerbitan dan perbukuan kita yang telah dimasyhurkan sebagai Komuniti Buku Kelas Dunia.

Penyampaian hadiah tersebut disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

YBhg. Datuk Abang Salellehuddin Abg. Shokeran, Ketua Pengarah DBP.

Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Abang Salellehuddin Abg. Shokeran ketika dihubungi editor Dewan Masyarakat menyatakan penghargaan kepada Jabatan Penerbitan yang terlibat secara langsung dalam menjayakan penerbitan buku, Menurut beliau,

Usaha yang dilaksanakan oleh DBP itu merupakan usaha yang berterusan untuk mengangkat buku sebagai wadah ilmu bagi menjayakan objektif utama Dasar Buku Negara dan memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Bahagian Buku Umum, Bahagian Buku Sastera dan Bahagian Penyelidikan Sastera, penulis dan editor yang turut menjayakan penerbitan buku sehingga meraih Anugerah Buku Umum Terbaik (Pengurusan Organisasi) dan Anugerah Buku Umum Terbaik (Biografi) pada hari ini.

Tuan Haji Razali Che Mat, Pengarah Jabatan Penerbitan DBP.

Selaku Pengarah Jabatan Penerbitan DBP, Tuan Haji Razali Che Mat ketika dihubungi oleh editor turut melahirkan rasa gembira atas anugerah tersebut hasil usaha gigih staf di Jabatan Penerbitan dan Bahagian Penyelidikan Sastera DBP. Menurut beliau, Jabatan Penerbitan akan terus giat menerbitkan buku demi kelangsungan ilmu dan peradaban bangsa.

Dr. Rosmani Omar, Ketua Editor Bahagian Majalah.

Sementara itu, Dr. Rosmani Omar, Ketua Editor Bahagian Majalah yang mewakili Ketua Pengarah DBP dalam majlis tersebut berkata, anugerah ini memberikan satu penghargaan dan motivasi kepada organisasi khususnya untuk melahirkan karyawan yang versatil dan memangkin perkembangan industri perbukuan, seterusnya memupuk tamadun cinta akan buku dan bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan pada era globalisasi kini.

Buku Sarwajagat Kepimpinan Islam dalam Pengurusan Organisasi memenangi kategori Anugerah Buku Umum Terbaik (Pengurusan Organisasi).

Dalam majlis tersebut, buku terbitan DBP, Sarwajagat Kepimpinan Islam dalam Pengurusan Organisasi, tulisan oleh Ab Aziz Yusof, Muhammad Afif Mohd Badrol berjaya memenangi anugerah bagi kategori Anugerah Buku Umum Terbaik (Pengurusan Organisasi). Buku ini memberikan panduan kepada pemimpin organisasi dalam merangka semula hala tuju organisasi yang jelas.

Puan Siti Nur Hidayah Othman Bakar, editor.

Anugerah seumpama ini sudah tentu memberikan perangsang dan dorongan kepada editor untuk terus membantu penulis menghasilkan manuskrip yang terbaik. Antara tugas editor buku adalah untuk menambah baik teks yang disunting agar menjadi karya yang lebih teguh dan unggul hingga penulis dapat menyumbangkan ilmu baharu kepada masyarakat,” kata editor, Puan Siti Nur Hidayah Othman Bakar.

Manakala, buku yang berkonsepkan biografi dalam menyingkap pahit manis kehidupan seorang Sasterawan Negara, iaitu Biografi Sasterawan Negara Shahnon Ahmad: Anak Nan Bertuah, terbitan DBP dan tulisan oleh Mohd. Yusof Hasan telah memenangi kategori Anugerah Buku Umum Terbaik (Biografi).

Buku Biografi Sasterawan Negara Shahnon Ahmad: Anak Nan Bertuah, memenangi kategori Anugerah Buku Umum Terbaik (Biografi).
Puan Adibah Maheran, editor.

Kerjasama antara penulis dengan editor amat penting dalam menghasilkan karya yang bermutu. Kebiasaannya penulis akan memberikan sepenuh kepercayaan kepada editor untuk menguruskan penerbitan buku mereka.”

“Namun begitu, sebagai seorang editor, pandangan dan idea daripada penulis juga perlu diambil kira. Gabungan idea daripada penulis dan editor menjadikan karya yang diterbitkan mempunyai nilai estetika yang tersendiri,” kongsi editor buku biografi ini, Puan Adibah Maheran.

Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Encik M Azahari Edin dan Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Puan Nurul Julia Alani Henry berharap agar anugerah tersebut akan membakar semangat editor untuk terus memberikan khidmat terbaik dalam usaha menambah baik bahan penerbitan.

Anugerah Buku Negara merupakan satu pengiktirafan dan suntikan semangat daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara kepada penggiat industri buku untuk terus menghasilkan buku yang berkualiti dan tidak tertumpu kepada buku komersial sahaja, selaras dengan Dasar Buku Negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.