9 September 2022, 09:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – “Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang komprehensif, UiTM sentiasa menyokong dan memberikan komitmen penuh dalam memperkasa agenda pembentukan kemahiran insaniah yang terpuji dan mantap.”

“Hal ini termasuklah dari segi penganjuran program bercirikan sukan bagi memantapkan ketahanan diri, terutamanya dalam kalangan warga unit kokurikulum dan unit kesatria UiTM,” ucap Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, YBhg. Mej. Jen. (K) Profesor Dr. Mohd Sazili Shahibi dalam Program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) siri ke-10, semalam.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, program KKEC merupakan satu platform yang signifikan dalam menerapkan nilai positif dalam diri Komander Kesatria. Pertandingan berkonsepkan sukan lasak ini bertujuan untuk membentuk pelajar menjadi pemimpin yang memiliki jati diri yang tinggi serta berdaya saing, proaktif dan kental dari segi mental dan fizikal, di samping memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

UiTM Cawangan Kelantan telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi tahun 2023.

Antara acara pertandingan yang dilakukan.

Sebanyak 15 penyertaan dari seluruh UiTM semalaysia dengan keseluruhannya berjumlah 600 peserta, 50 krew dan 50 staf dari pelbagai peringkat dan unit dengan UiTM Cawangan Perlis selaku tuan rumah. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan, termasuklah petong, kembara berpandu arah MTB, kembara berpandu arah maze-o, iron commander, cabaran merentasi halangan, cabaran merentasi MTB, pencarian aktiviti lasak dan jalan lasak.

UiTM Cawangan Perlis dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan ini.

Juara keseluruhan bagi pertandingan tersebut dirangkul oleh kontinjen daripada UiTM Cawangan Perlis dengan mengutip sembilan pingat emas, empat pingat perak dan tiga pingat gangsa.

Diikuti oleh UiTM Cawangan Johor yang mengumpul tiga pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa, manakala UiTM Cawangan Melaka muncul sebagai pemenang tempat ketiga dengan mengumpul satu pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa.

Majlis perasmian penutupan ditambah seri dengan kehadiran YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis, dif-dif jemputan rektor, pengarah dan timbalan Rektor Bahagian HEP, juga kontinjen KKEC dari seluruh sistem UiTM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.