Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangWilayah Persekutuan Labuan – Demi melestarikan budaya membaca dan nilai mencintai ilmu dalam kalangan masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah bersama-sama Perbadanan Labuan melaksanakan Wakaf Buku sebagai satu daripada kegiatan bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Lima buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan yang terpilih menerima Wakaf Buku ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Temiang, SK Sungai Lada, SK Tanjung Aru dan SK Bebuloh yang diadakan di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, pada pukul 9.00 pagi, 26 September 2022.
Penyampaian Wakaf Buku disempurnakan oleh Timbalan Pengarah I yang mewakili Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, YBhg. Encik Rusdi Awang.
Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan, Wilayah Persekutuan Labuan, YBhg. Encik Awg Marten Datuk Haji Abd Rahman dan Ketua Unit Perpustakaan Awam Labuan, Puan Hasliza Hassan.