6 Oktober 2022, 11:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sumbangan RM200 000 kepada YTSP untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan di Perlis, sempena ulang tahun ke-50.

Bukit Ketri – Cement Industries Of Malaysia Berhad (CIMA) pada hari ini menyumbangkan sebanyak RM200 000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, sempena sambutan ulang tahun ke-50 CIMA.

Menurut YTSP, sumbang tersebut akan dimanfaatkan bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan di negeri ini. Jumlah RM100 000 daripadanya adalah untuk Tabung Pendidikan YTSP Perlis, manakala RM100 000 lagi untuk dana menaik taraf Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis yang diusahakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), serta YTSP Perlis itu.

Titah Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail,

Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, CIMA amat menitikberatkan aspek tanggungjawab korporat sosial, iaitu komited memainkan peranan dalam menyejahterakan dan menghulurkan bantuan kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi CIMA Berhad, Dato’ Zaiviji Ismail kepada Setiausaha Kehormat YSTP Perlis, Dato’ Johari Darus di kilang CIMA di Bukit Ketri pada petang semalam sambil disaksikan oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dalam ucapan beliau, Dato’ Zaiviji memaklumkan bahawa selaku sebuah syarikat yang bertanggungjawab, CIMA menyambut baik titah seruan Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis agar syarikat korporat sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan berkongsi limpahan ekonomi dengan mereka yang memerlukan.

CIMA yang merupakan anak syarikat milik penuh UEM Group Berhad, telah mula beroperasi sejak 1973 di negeri Perlis menerusi kilang simen pertamanya yang terletak di Bukit Ketri, dan telah menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negeri secara langsung.”

“Selain itu, CIMA juga turut mencipta peluang pekerjaan dan mewujudkan peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan.

Tetamu kehormat yang hadir bersama-sama Raja Muda Perlis.

Turut hadir, Pengarah Urusan CIMA, Sharuddin Omar Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Dato’ Zaiviji  percaya, inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh YTSP Perlis nanti pastinya dapat membantu menyejahterakan kehidupan, malah menaik taraf status sosioekonomi mereka yang terlibat dengan jayanya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.