12 November 2022, 10:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Sebagai agen perubahan, para pendidik diseru untuk sentiasa peka dengan mengikuti dan memenuhi segala keperluan dalam ekosistem pendidikan, selaras dengan perkembangan teknologi digital.

Pengajaran dan pembelajaran pada masa kini oleh warga pendidik terutamanya para guru dan pensyarah perlu lebih kreatif dan berfikiran jauh ke hadapan dalam mendepani perkembangan digital, dengan mempersiapkan diri melalui ilmu dan kemahiran yang tinggi agar tidak ketinggalan dalam perkembangan pendidikan dunia.

DYTM Raja Muda Perlis berkenan mencemar duli menyantuni kariah Masjid Ar Rahmaniah.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM11 600 kepada seramai 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Ar Rahmaniah, Kampung Seberang Tok Pi Kuala Perlis, di mana masing-masing menerima RM400 setiap seorang untuk diagihkan oleh amilnya, Ramli Berahan semalam.

Turut mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut bertitah bahawa baginda amat berbangga dengan pembudayaan pelbagai inovasi dalam kalangan warga pendidik di negeri ini yang semakin bertambah positif melalui pelbagai inisiatif di Institut Pengajian Tinggi (IPT), sekolah dan juga Jabatan Pendidikan Negeri.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri secara khususnya juga memainkan peranan sebagai tulang belakang atau support system dengan menyediakan sumber pengetahuan dan kemahiran serta ruang yang bersesuaian untuk para guru berkongsi amalan terbaik secara berterusan dalam program yang dirancang, seterusnya mampu membawa nama negeri Perlis ke peringkat yang lebih tinggi di samping turut mendapat perhatian daripada pendidik di luar dari semasa ke semasa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.