18 November 2022, 14:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Besar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada hari ini bertitah bahawa para pendidik baik di peringkat institut pengajian tinggi mahupun sekolah kini tiada pilihan selain terpaksa melihat pendidikan dalam konteks dunia yang sedang mengalami evolusi yang sangat agresif. Hal ini demikian kerana sekiranya kita lambat bertindak maka kita akan ketinggalan dalam dunia pendidikan. Tambah baginda:

‘Cashless’, ‘Content Creator’, ‘Digital Nomads’, ‘Crypto Currency’, ‘Coding Language’ dan ‘Digital Learning’ adalah antara fenomena dalam evolusi pendidikan terkini yang sedang kita tempuhi. Maka wajar proses ‘learn’, ‘unlearn’ dan ‘relearn’ dilaksanakan bagi memastikan sistem pendidikan kita tidak sekali-kali ketinggalan khususnya dalam sistem penyampaian ‘content of knowledge’ kepada para pelajar.

Bagi memastikan maklumat yang dipelajari sampai kepada para pelajar secara berkesan, baginda bertitah bahawa:

Pendekatan penyampaian yang lebih berorientasikan ‘learners friendly’ serta ‘trendy’ mengikut kesukaan para pelajar perlu difahami oleh para pendidik.

Titah DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail tersebut disampaikan selepas baginda berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21 000 kepada 30 orang asnaf terpilih yang diwakili oleh amil Masjid Al Huda, iaitu Azizan Arifin. Asnaf tersebut, iaitu dalam kalangan anak kariah Masjid Al Huda, Felda Mata Ayer, Padang Besar (Utara) Perlis masing-masing akan menerima RM700 setiap seorang yang akan diagihkan oleh Azizan Arifin.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21 000.

Mengiringi baginda semasa penyerahan sumbangan tersebut ialah Mufti Perlis, Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada masa yang sama, Tuanku Raja Muda amat mengambil berat perihal pembangunan pendidikan di negeri Perlis dan bersyukur kerana Perlis mempunyai ruang sistem sokangan pendidikan melalui pelbagai platform yang tidak kurang hebatnya berbanding dengan tempat lain di Malaysia. Baginda juga berharap agar pembangunan pendidikan di Perlis dapat terus dipergiat dari semasa ke semasa demi memastikan anak bangsa pewaris negeri dan negara terpelihara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.