Oleh
Syazana Zulkafali
19 November 2022, 18:28
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangHari mengundi bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang ditetapkan pada hari ini, 19 November 2022 menyaksikan 70 peratus pengundi telah keluar mengundi sehingga pukul 4.00 petang hari ini. Peratusan itu dinyatakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman web rasminya.
Menurut Daftar Pemilih yang dikemas kini SPR hingga 9 Oktober 2022, sebanyak 21 173 638 orang pemilih yang layak mengundi pada PRU-15. Mereka terdiri daripada 20 905 366 pengundi biasa, 146 737 anggota tentera serta pasangan, 118 794 anggota polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.