Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan sebahagian daripada nama besar tewas dalam usaha mendapatkan mandat daripada rakyat di parlimen masing-masing.

Menurut Profesor Dr. Sivamurugan Pandian, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), hal ini terjadi barangkali disebabkan oleh persekitaran politik yang sudah berubah dan kesukaran untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi. Misalnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden Pejuang Tanah Air (Pejuang); Vigneswaran Sanasee, Presiden MIC; dan Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Presiden MCA Perak yang bertanding pada PRU kali ini. Jelas Profesor Dr. Sivamurugan:

Profesor Dr. Sivamurugan Pandian, penganalisis politik USM.

Mungkin juga dilihat kepada pengundi muda dan pengundi kali pertama yang secara automatik didaftarkan, yang sebelum ini tidak ada keinginan untuk menyokong mana-mana parti politik, iaitu BN dan PH, lalu mereka memilih PN.

Jadi, banyak faktor yang menyebabkan kekalahan ini berlaku. Faktor demografi juga boleh mempengaruhi jumlah undi mengikut kawasan. Antaranya termasuklah Nurul Izzah di kawasan Permatang Pauh yang mempunyai pengaruh PAS yang kuat. Pada hakikatnya, DUN Penanti dan DUN Pematang Pasir mempunyai penyokong tegar PAS. Oleh sebab PAS berada di bawah PN, maka PN bukan sahaja berjaya menambat hati penyokong tegar PAS, malah golongan yang tidak menyebelahi UMNO dan melihat PN sebagai pilihan.

Ujar Profesor Dr. Sivamurugan ketika diwawancara oleh Dewan Masyarakat lagi:

Dengan tiadanya pemimpin lama ini, situasi ini membuka ruang dan peluang kepada muka baharu untuk memperlihatkan kewibawaan mereka dalam mentadbir negara.

Pendominasian beberapa individu selama ini menyebabkan politik tanah air berada pada takuk yang sama. Barangkali kehadiran muka baharu ini dirasakan perlu kerana mereka memahami citra rasa pengundi baharu.


Yang berikut merupakan 20 nama besar calon PRU-15:

PARLIMEN NAMA CALON   KALAH KEPADA  
P.004

LANGKAWI

MAHATHIR MOHAMAD

Jumlah Undi: 4566

MOHD SUHAIMI ABDULLAH

Jumlah Undi: 25 463

P.032

GUA MUSANG

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Jumlah Undi: 21 663

MOHD AZIZI ABU NAIM

Jumlah Undi: 21 826

P.107

SUNGAI BULOH

KHAIRY JAMALUDDIN

Jumlah Undi: 48 250

RAMANAN RAMAKRISHNAN

Jumlah Undi: 50 943

P.125 PUTRAJAYA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

Jumlah Undi:
13 692

DR. RADZI JIDIN

Jumlah Undi: 16 002

 

P.044

PERMATANG PAUH

NURUL IZZAH ANWAR

Jumlah Undi: 32 366

USTAZ FAWWAZ MD JAN

Jumlah Undi:
37 638

P.063

TAMBUN

AHMAD FAIZAL AZUMU @ PEJA

Jumlah Undi: 45 889

ANWAR IBRAHIM

Jumlah Undi: 49 625

P.151

SIMPANG RENGGAM

DR. MASZLEE MALIK

Jumlah Undi: 16 491

 

HASNI MOHAMMAD

Jumlah Undi: 18 312

P.096

KUALA SELANGOR

TENGKU ZAFRUL AZIZ

Jumlah Undi: 30 031

 

DS DR. DZULKEFLY  AHMAD

Jumlah Undi: 31 033

 

P.098

GOMBAK

DATO’ SERI AZMIN ALI

Jumlah Undi: 59 538

 

AMIRUDIN SHARI

Jumlah Undi: 72 267

 

P.018

KULIM-BANDAR BAHARU

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

Jumlah Undi: 21 408

 

CIKGU ROSLAN HASHIM

Jumlah Undi: 34 469

 

P.099

AMPANG

ZURAIDA KAMARUDDIN

Jumlah Undi: 4589

 

RODZIAH ISMAIL

Jumlah Undi: 56 754

 

P.135

ALOR GAJAH

SHAHRIL HAMDAN

Jumlah Undi: 27 288

 

ADLY ZAHARI

Jumlah Undi: 28 178

 

P.054

GERIK

DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Jumlah Undi: 13 728

 

FATHUL HUZIR AYOB

Jumlah Undi: 15 105

 

P.113

SEPANG

DATUK SERI RINA HARUN

Jumlah Undi: 47 315

 

AIMAN ATHIRAH

Jumlah Undi: 56 264

 

P.119

TITIWANGSA

KHALID ABD SAMAD

Jumlah Undi: 20 410

 

DATUK SERI JOHARI GHANI

Jumlah Undi: 25 042

 

P.089 BENTONG TAN SRI LIOW TIONG LAI

Jumlah Undi: 24 383

YOUNG SYEFURA OTHMAN

Jumlah Undi: 25 075

 

P.057

PARIT BUNTAR

DATUK SERI DR. MUJAHID YUSOF RAWA

Jumlah Undi: 17 828

 

USTAZ MISBAH

Jumlah Undi: 23 223

 

P.041

KEPALA BATAS

DATO’ SRI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Jumlah Undi: 25 737

DR. USTAZAH MASTURA

Jumlah Undi:
28 604

 

P.077

TANJONG MALIM

DR. MAH HANG SOON

Jumlah Undi:
20 963

CHANG LIH KANG

Jumlah Undi:
25 140

P.008

POKOK SENA

DATO’  MAHFUZ  HJ. OMAR

Jumlah Undi: 20 524

 

DATO’ AHMAD YAHAYA

Jumlah Undi: 52 275

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!