23 November 2022, 12:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah dalam tayangan video di majlis Istiadat Konvokesyen ke-16 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi sidang ke-8 mengingatkan para graduan supaya sentiasa mengorek ilmu dan kemahiran yang menjadi tarikan majikan.

Titah baginda lagi selaku Tuanku Canselor, pengetahuan atau kemahiran tersebut boleh diasah melalui program latihan dan program secara dalam talian yang ditawarkan oleh organisasi dalam dan luar negara.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 424 graduan Diploma Kejuruteraan, Master Profesional dan Diploma Profesional UniMAP menerima skrol daripada Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada petang semalam yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Tuanku Raja Puan Muda Perlis, DYTM merangkap Tuanku Pro Canselor universiti berkenan menganugerahkan Diploma Kejuruteraan bagi jurusan Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Metalurgi dan Kejuruteraan Pembuatan yang telah berjaya.

Turut disampaikan oleh Tuanku Hajah Lailatul Shahreen ialah penganugerahan Master Profesional, Master Eksekutif Pengurusan Projek Pembinaan dan Penganugerahan Diploma Profesional dan Diploma Profesional Penyeliaan Tapak Pembinaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.