25 November 2022, 18:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Sebanyak 384 orang graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian bagi jurusan Mikroelektronik, Komputer, Elektronik Bioperubatan, Elektronik, Perhubungan, Fotonik dan Rangkaian Komputer, sempena Istiadat Konvokesyen ke-16 UniMAP Sidang ke-3, hari ini.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP dalam siaran rakaman titah ucapan menasihatkan agar semua graduan mempunyai nilai tambah apabila berada dalam alam pekerjaan kerana perkara ini dapat memberikan persepsi positif kepada majikan.

Graduan perlu sedar walaupun berkemungkinan tidak akan terus menyandang jawatan yang tinggi pada peringkat awal permulaan pekerjaan, namun kita harus mempamerkan sifat seorang pemimpin yang disegani.

Dalam perkembangan yang sama, Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor UniMAP berkenan menganugerahkan pengiktirafan penghargaan tersebut kepada para graduan, seterusnya turut menyampaikan folder ijazah kepada 407 orang penerima Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa) dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian).

Keberangkatan baginda ke Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP ini turut diiringi oleh anakanda baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail yang disambut oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Zaliman Sauli.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.