13 Disember 2022, 14:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sebanyak 30 pelajar berasal dari Perlis menerima biasiswa pendidikan melalui Pertubuhan Kebajikan Amal Malaysia Sejati dan Kuala Lumpur City College (KLCC).

Tajaan itu hasil kerjasama dengan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baru-baru ini, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat meninjau kemudahan tempat tinggal pelajar Perlis yang sedang menuntut di KLCC, Kuala Lumpur.

Raja Muda Perlis melakukan tinjaun di sekitar kawasan tempat tinggal pelajar.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengasas KLCC, Profesor Dato’ Dr. Chin See Keat dan Penaungnya yang juga Penaung Pertubuhan Kebajikan Amal Malaysia Sejati, Tunku Rizal Shah Tunku Muszaffar Shah.

Menurut Tunku Rizal Shah, pertubuhannya berbesar hati memperuntukkan penajaan sebanyak 30 biasiswa kepada pelajar daripada negeri Perlis melalui YTSP dan MAIPs. Mereka teruja melihat kesungguhan Tuanku Raja Muda Perlis dalam mengangkat agenda pendidikan di kalangan golongan yang memerlukan.

Sasaran kami adalah memastikan program pendidikan di tahap diploma dalam bidang peruncitan melalui konsep latihan pekerjaan dapat membantu mereka yang berkeperluan, selain memberikan peluang untuk pelajar mengembangkan lagi potensi dalam diri mereka termasuk untuk memulakan perniagaan sendiri,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan penyertaan anak asnaf dan golongan B40 dari Perlis untuk melanjutkan pelajaran di bawah tajaan pertubuhannya dan KLCC di masa hadapan dan berharap agar menjadi pembuka jalan untuk mencapai sasaran mereka, satu pelajar satu tajaan.

Mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra ke kunjungan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran MAIPs, Prof Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Dato’ Johari Mohd Darus.

Turut bersama-sama dalam peninjauan tersebut ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Haji Mohd Noor.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.