15 Disember 2022, 09:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Rasid Mail, penulis buku Pelaksanaan Perakaunan Asas Akruan dalam Sektor Awam di Malaysia: Isu Kewajaran dan Kesesuaian.

Kota Kinabalu – Panel Penilai bersetuju memilih buku bertajuk Pelaksanaan Perakaunan Asas Akruan dalam Sektor Awam di Malaysia: Isu Kewajaran dan Kesesuaian, penulis Rasid Mail, tahun terbit 2020 sebagai Penerima Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah 2020/2021 bagi Kategori Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pada masa yang sama, buku bertajuk Monyet Bangkatan di Hutan Bakau Sabah, penulis Joseph Tangah dan Arthur Y.C. Chung, tahun terbit 2021 pula memenangi bagi Kategori Terbitan Luar, iaitu Jabatan Perhutanan Sabah.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan bertaraf negeri terhadap buku yang bermutu tinggi hasil karya penulis Sabah khusus untuk penulisan buku umum.

Joseph Tangah dan Arthur Y.C. Chung, penulis Monyet Bangkatan di Hutan Bakau Sabah.

Antara objektif utama anugerah ini adalah untuk menggalakkan penulis, pensyarah, penyelidik dan golongan profesional dalam kalangan warga Sabah menulis buku umum; memberikan penghargaan kepada penulis yang berjaya menghasilkan bahan bacaan berkualiti khususnya buku; dan memperbanyak penerbitan buku umum dalam bahasa Melayu yang mengetengahkan pelbagai aspek berkaitan citra dan kearifan tempatan negeri Sabah.

Menurut penganjur, tarikh penyertaan anugerah ini telah dibuka pada 31 Mac 2022 hingga 10 Jun 2022. Sebanyak 11 penyertaan diterima, iaitu dua buah buku terbitan DBP dan sembilan buah buku terbitan luar.

Penerima Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah 2020/20221 akan menerima hadiah berupa wang tajaan Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM5000 bagi kategori terbitan DBP dan kategori terbitan luar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.